Related Posts with Thumbnails

IQRA' BACA READ

Doa mohon keringanan & kemudahan



Sila Klik untuk imej lebih XXL saiz...tq

Doa Apabila menghadapi tekanan (stress)



sila klik pada gambar ini untuk kualiti yang lebih baik, tq2..

ZIKIR HARIAN





Sila klik pada gambar ini untuk mendapatkan kualiti gambar yang lebih baik.....tq

DOA Supaya Terhindar Daripada Sifat-sifat keji



sila KLIK pada gambar untuk lebih kualiti....... tq2...

DOA Supaya dimudahkan Segala Urusan dan hajat



sila KLIK gambar untuk mutu gambar yang lebih baik... tq2......

BERGEDIL AYAM


Bahan Ramuan

1kg kentang
200gm ayam (bahagian dada) atau isi ayam sahaja

1 sudu kecil lada putih (tumbuk)
1 biji telur
Daun sup (ikut suka)
Bawang Goreng (ikut suka)
Garam secukup rasa

Minyak masak

Cara:

1. Kupas kulit kentang kemudian potong tipis dan digoreng hingga kekuningan.Biarkan sejuk.Tumbuk/lecek.
2. Goreng ayam sehingga separuh masak kemudian tumbuk.
3. Gaulkan semua bahan(kentang,ayam,lada putih,garam,bawang goreng,daun sup) hingga sebati.Masukkan telur dan gaul lagi hingga sebati.
4. Kepalkan adunan menjadi bulat2 kecil, leperkan dan sedia untuk digoreng.
5.bergedil yang siap dikepalkan hendaklah dicelup dengan telur sebelum mengorengnya.
6. Pastikan minyak panas dan pada api yg sederhana.

waktu hidangan:

sesuai dimakan bersama hidangan tengahari atau enak dimakan begitu saja.

tips tambahan:

Sekiranya adunan tadi terlembik boleh masukkan sedikit tepung gandum.


SELAMAT MENCUBA






Syeikh Mohamed Sayed Tantawi


DUBAI 10 Mac – Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi.

Tantawi meninggal dunia di ibu negara Saudi, Riyadh selepas mengalami serangan sakit jantung.

Berita kematian Tantawi itu dilaporkan oleh stesen televisyen Al Jazeera hari ini, dengan memetik wartawannya di Saudi.

Al-Azhar, antara pusat pengajian Sunah paling terkemuka di dunia Islam, mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir.

satu kehilangan besar bagi seluruh dunia Islam hari ini.. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh beliau..Al-fatihah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ [١] الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ[٢] الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ [٣]مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ [٤] إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ [٥] اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ [٦] صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ



CUCUR MANIS


Bahan-Bahan:
1 cawan tepung gandum
Gula secukup rasa
Sedikit Baking Powder
Sedikit air (lebih kurang ½ cawan)
Minyak untuk menggoreng

Cara:
Gaulkan tepung dengan gula dan masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau sehingga ia menjadi seperti air gula. Kemudian masukkan Baking Powder. Gaul selama beberapa minit dan goreng.

waktu hidangan :

sesuai di waktu pagi dan minum petang

SELAMAT MENCUBA

FARSHI TURAB- USTAZ AKHILL HAYY

FARSHI TURAB NASHEED




faham tak??? kalau tak faham ada satu video yang sama ader tulis lirik dalam bahasa english n arab jer....tapi lagu nya dinyanyikan semula oleh AKHIL HAYY..... sedar la diri rakan2... lepas hidup kat dunia lepas ni kemana pulak kita semua...... sama2 kita ambil ikhtibar dan pengajaran dari lagu ni....

ADAKAH AL-QURAN HASIL KERJA SYAITAN?



Soalan:

Bagaimana kita mengatahui bahawa al-Quran bukan hasil kerja syaitan?

Jawapan :

Membalas dakwaan sama yang dikemukakan kau jahiliyah Makkah, bahawa Nabi Muhammad (S.A.W) menerima wahyu daripada syaitan, ayat-ayat berikut telah diturunkan : Surah al-Waaqi’ah 56 : 77-80

“Sesungguhnya al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia,

Pada kitab (Maknun) yang terpelihara (Luah Mahfuzh),

Tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan (Mutahharin),

Diturunkan dari Tuhan semesta alam”.

Kitab Maknun bererti kitab yang dijaga dengan sempurna serta terpelihara, merujuk kepada Lauh Mahfuzh di Syurga, tiada siapa yang boleh menyentuhnya kecuali Mutahharin, iaitu orang yang suci serta bersih daripada kejahatan seperti dosa. Ini merujuk kepada Malaikat. Syaitan dilarang sama sekali. Oleh kerana mustahil bagi Syaitan mendekatinya ataupun menyentuhnya.

Seterusnya disebutkan dalam surah Asy-Syu’araa 26:210-212 :

“dan al-Quran itu bukanlah dibawa turun oleh syaitan-syaitan. Dan tidaklah patut mereka membawa turun al-Quran itu, dan mereka pun tidak akan kuasa. Sesungguhnya mereka benar-benar dijauhkan daripada mendengar al-Quran itu”.

Ramai orang mempunyai konsep yang salah tentang syaitan. Mereka fikir syaitan berupaya melakukan apa sahaja, kecuali untuk beberapa perkara,hanya Tuhan yang berkuasa berbuat demikian. Menurut mereka, kuasa syaitan hanya berada di bawah sedikit daripada Tuhan. Oleh kerana mereka enggan menerima al-Quran sebagai wahyuyang menakjubkan, mereka berkata al-Quran adalah hasil kerja syaitan.

Sekiranya syaitan menulis al-Quran, pasti tidak akan disebut didalam al-Quran Surah An-Nahl 16:98:

“apabila kamu membaca al-Quran ,hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan terkutuk”.

Adakah anda fikir Syaitan akan menulis begitu? Adakah dia akan berkata, “sebelum membaca buku aku, mohon perlindungan Tuhan daripada aku?”

Terdapat beberapa ayat di dalam al-Quran yang akan membuktikan bahawa syaitan bukanlah pengarang al-Quran surah al-A’raaf :7 :200

“dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui “.

Mengapa syaitan akan memberitahu pengikutnya bahawa apabila dia menggoda mereka,mereka perlu memohon perlindungan dari Allah (S.W.T) dimana syaitan diakui sebagai mush?: surah al-Baqarah 2:168

“Hai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat dibumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana senungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu”.

Surah Yassin 36 : 60 :

“ Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah Syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu”.

Syaitan licik, tidak hairan jika ia dapat mempengaruhi pemikiran manusia bahawa dia yang mengarang al-Quran. Berbanding Allah Yang Maha Kuasa, syaitan terlalu kecil, dari Allah (S.W.T) telah menurunkan ayat-ayat al-Quran sebagai bukti al-Quran adalah kata-kata Allah dan bukannya kata-kata syaitan.

DARI : Dr. Zakir Abdul Karim Naik

IS THE AL-QURAN SATAN’S HANDIWORK?


Question :
How do we know that the al-Quran is not Satan’s handiwork?

Answer :
In reply to similar allegation put forward by the pagans of Makkah, that the Prophet Muhammad (S.A.W) received the revelations from Satan, the following verses were revealed :

Surah Al-Waqiah, chapter 56 verses 77-80;
“That this is indeed A Quran most honourable, In a Book well-guarded, Which none shall touch But those who are clean:A Revelation from the Lord Of the Worlds.”

Kitabim Maknoon means a well guarded or protected book, referring to al-Lauh al-Mahfuz in heaven, which none shall touch except the Mutahhareen, i.e those who do not have any uncleanliness or impurity or evil like sin. This refers to the Angels. Satan is absolutely prohibited. Thus since it is impossible for Satan to be anywhere close to it or touch it, the question of him writing the verses of the Glorious Quran, does not arise.

It is further mentioned in Surah As-Shura, Chapter 26 verses 210-212 ;
“ No evil ones have brought Down this (Revelation): It would neither suit them Nor would they be able (to produce it).Indeed they have been removed Far from even (a chance of)Hearing it.” Many people have a wrong concept of Satan. They think that Satan can probably do everything, except for a couple of things which only God can do. According to them, Satan is slightly below God in power. Since the people do not want accept that the Quran is a miraculous revelation, they say that is Satan’s handiwork. If Satan wrote the Quran, he would not have mentioned in the same Quran in surah An-Nahl, chapter 16 verse no 98;
“ when thou does read the Quran seek Allah’s protection from Satan the Rejected One.” Is this how you think Satan would write a book? Does he tell you; “before you read my book ask God to save from me?”
There are several verses in the Quran which will give enough evidence that Satan is not the author of the Quran. In Surah Al-A’raf chapter 7 verse200;
“if a suggestion from Satan assail your (mind), seek refuge with Allah ; for He hears and know (all things)”

Why would Satan tell his followers, that whenever he gives any suggestions to them, they should seek refuge in Allah S.W.T to whom he is an avowed enemy.

In surah Al-Baqarah, chapter 2 verse 168;
“ O ye people ! Eat of what is on earth, lawful and good; And do not follow the footstep of Evil one, For he is to you an avowed enemy”.

In Surah Yasin, chapter 36 verse 60;
“did I not enjoin on you, O ye children of Adam, That ye should not worship Satan; For that he was to you an enemy avowed?”

Satan is cunning, no wonder that he can possess the minds of the people to think that he wrote the Quran. compared to Almighty God, Satan is insignificant, and Allah S.W.T. is far more intelligent. He knows Satan’s evil intentions and hence no wonder that He has given the reader al-Quran several proof to show that the Quran is God’s word. And not Satan’s word.

by : Dr. Zakir Abdul Karim Naik

Ada Apa dengan Membaca???


Assalamualaikum dan salam empayarilmu,

Sesebuah empayar terbina atau terbentuk disebabkan kelompok masyarakatnya yang berilmu.. didalam tradisi agama Islam sendiri sangat2 menuntut penganutnya menuntut ilmu.. Dari nukilan kalam Allah dalam surah al-Alaq juz 96 : ayat 1-5 ,
1.Bacalah (wahai Muhammad ) dengan nama tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)
2. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.
3. Bacalah, dan tuhan mu yang Maha Pemurah.
4. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan
5.Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.


Umat Islam tidak hanya disuruh membaca saja tetapi perlukan mengkaji,meneliti ,meanalisis, mengesperimenkan, berfikir dalam meperolehi ilmu. bagaimana untuk melakukan semua itu???? Bagaimana ya….. jawapannya mesti la dengan ILMU …. Dalam untuk memperolehi Ilmu sebenarnya terbahagi kepada dua…secara formal atau tidak formal…

Secara formal apa dia ek???? Mcm kita belajar kat sekolah2, kat intitusi pendidikan, dan lain lagi….

Secara tidak formal plak ??? hah…. yang ni lain sikit ilmu nyer..tak semua orang bleh perolehi …. Sebab ??? sebab ilmu ni berbentuk pengalaman …. Melalui pancaindera….. dan sebagainya… Pembacaan amat penting bagi menambah koleksi ilmu yang kita ada… pelbagai bahan bentuk bacaan yang terhidang di arus globalisasi kini..…. Contohnya….buku2,buku2 fiksyen, buku2 bukan fiksyen … Majalah ,novel, akhbar, facebook (maksudnyer dari internet le).. ….. banyak la…. tu belom pecahan ilmu lagi.... Apa2 pon bleh jadi bahan bacaan untuk tambah ilmu… Amalan membaca pula perlu diperlengkapkan dengan kemahiran memilih bahan bacaan berkualiti.


PANDUAN MEMBUDAYAKAN MEMBACA
1. peruntukkan masa membaca bersama rakan2 , keluarga…
2. jadikan sesi bercerita sebagai amalan….
3. wujudkan sudut bacaan dirumah….
4. bawa buku ke mana-mana….
5. kunjungi perpustakaan, kedai buku dan pesta buku…
6. hadiahkan buku atau bahan bacaan sempena hari2 istimewa…contoh hari jadi …perkahwinan…
7. adakan aktiviti sampingan berkaitan membaca…


KATA ORANG …..

Orang yang mahir dalam membaca al-Quran nanti tempatnya bersama-sama para nabi dan rasul yang baik-baik.

( Hadis riwayat Bukhari)

Di zaman krusus kilat dan massa komunikasi moden, kebanyakan orang ramai, istimewa pemuda pemudi tidak begitu pandai menghiburkan diri sendiri dengan membaca buku. Tambahan lagi, di zaman ini orang sentiasa mencari jalan pendek untuk pandai. Sebenarnya, tamadun manusia di beberapa zaman dan di beberapa benua membuktikan bahawa kita hanya boleh mendapat pengatahuan dengan selalu membaca serta berfikir panjang dalam jangka masa yang lama. Tidak ada krusus kilat untuk menjadikan seorang itu waras serta cerdik sekelip mata.

( Tun Hussein Onn, Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-3)


Membaca buku pada petang hari, tilawah al-Quran diantara Maghrib dan Isyak dan tahajjud serta munajat selepas tengah malam adalah ubat yang paling mujarab bagi penyakit muram dan kesepian… Perhalusi jiwa dengan pembacaan berfaedah dengan tasawuf, falsafah, ciptaan ahli seni. Maka bertambah halus perasaan, tambah nampaklah kewajipan kita hidup….

(Hamka)


Buku adalah kunci kepada khazanah kebijaksanaan, Buku adalah pintu dunia keseronokan, Buku adalah jalan menuju kejayaan, buku adalah sahabat, ayuh! Mari membaca….

(Lord Channing)

The more that you read, the more things you will know, The
more that you learn, the more places you’ll go.
( Dr.Seuss)

Makanan perut apa yang kita selalu makan iaitu berbentuk fizikal , makan jiwa adalah bersifat kerohanian iaitu bersifat keagamaan, makanan minda adalah berfikir,membaca, menganalisa iaitu bersifat ilmuan…

(empayarilmu)

So semua terpulang la kepada diri kita… … saya percaya anda semua peminat2 ilmu…kalau tidak “mana bisa masuk blog ni” …hehehe….apa2 pon tq2 …sudi melayarkan pandangan minda di blog saya….

SALAM PENGENALAN EMPAYAR ILMU


Assalamualaikum dan salam pengenalan empayar ilmu....... Empayar Ilmu mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelawat2 blogger yang sudi meluangkan masa untuk melawat empayarilmu.blogspot.com.

APA YANG ADA KAT EMPAYAR ILMU ?????

Macam2 ada....... tunggu kehadiran dan post yang bakal lahir bermula dengan satu, dua, tiga, dan seterusnya..... seterusnya...seterusnya.......

Dengan membawa MOTO blog empayar ilmu iaitu " ILMU SIKIT2 LAMA2 MEMBUKIT MEMBENTUK EMPAYAR ILMU"....

Selain tu, empayarilmu diwujudkan bagi mereka yang nak bertanyakan tentang persoalan2 yang tersimpul dipemikiran bleh la juga kita berkongsi terutama dalam masalah agama, masalah sosial , masalah dekat sekolah ,masalah dengan rakan ,masalah jira
n, masalah belajar....
InsyaAllah ... sama2 kita hadapi..... bantu apa yang boleh dibantu sebelum terbantut....


Bukan itu saja, perkongsian ilmu dari teman2 blogger atau pelawat empayarilmu sangat2 dialu-alukan. ilmu ini tidak terbatas... so tak yah la kita plak membataskan hasrat untuk menyampaikan ilmu yang kita ada....mungkin kita rasa orang itu tahu tetapi sebenarnya dia pon tak tahu... dan sebaliknya.... oleh itu sama2 kita berpesan2 dan berkongsi2 ilmu yang kita ada...ada banyak kita kongsi banyak...ada sikit...kita kongsi sikit...tak der langsung bukan orang kot....hahahaha.....


Blog in juga sesuai untuk semua lapisan masyarakat bermula dari pelajar sekolah,erm... termasuk la sekolah rendah dan menengah, mahasiswa & mahasisiwi, pekerja, penggangur, suri rumah tangga , atuk and nenek .... semua la bleh..no hal nyer....


empayarilmu juga sedia menerima segala pandangan,kritikan serta teguran yang berasas dan membina bagi memanatapkan ilmu yang ada.

semoga dengan kewujudan blog empayarilmu ini dapatlah memberi sedikit sebanyak manfaat dan perolehan serta pertambahan ilmu....

akhir kalam,

Majulah empayarilmu untuk kita bina empayar ilmu hidup kita .... "biar kita tidak punya wang yang banyak tetapi kaya dengan ilmu didada... biar kita orang biasa ...tapi mempunyai pemikaran luar biasa ...biar pon siapa kita ...dunia tetap memerlukan kita..."


" ILMU SIKIT2 LAMA2 MEMBUKIT MEMBENTUK EMPAYAR ILMU"....

I LOVE ILMU.... and WE LOVE ILMU....








BLOG NEGERI EMPAYAR

View All Malaysia Bloggers View Selangor Bloggers View Terengganu Bloggers View Pulau Pinang Bloggers View Sabah Bloggers View Sarawak Bloggers View Pahang Bloggers View Perlis Bloggers View Perak Bloggers View Melaka Bloggers  ViewNegeri Sembilan Bloggers View Kuala Lumpur Bloggers View Johor Bloggers View Kedah Bloggers View Kelantan Bloggers

MASA DUNIA