Related Posts with Thumbnails

IQRA' BACA READ

ADAKAH AL-QURAN HASIL KERJA SYAITAN?



Soalan:

Bagaimana kita mengatahui bahawa al-Quran bukan hasil kerja syaitan?

Jawapan :

Membalas dakwaan sama yang dikemukakan kau jahiliyah Makkah, bahawa Nabi Muhammad (S.A.W) menerima wahyu daripada syaitan, ayat-ayat berikut telah diturunkan : Surah al-Waaqi’ah 56 : 77-80

“Sesungguhnya al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia,

Pada kitab (Maknun) yang terpelihara (Luah Mahfuzh),

Tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan (Mutahharin),

Diturunkan dari Tuhan semesta alam”.

Kitab Maknun bererti kitab yang dijaga dengan sempurna serta terpelihara, merujuk kepada Lauh Mahfuzh di Syurga, tiada siapa yang boleh menyentuhnya kecuali Mutahharin, iaitu orang yang suci serta bersih daripada kejahatan seperti dosa. Ini merujuk kepada Malaikat. Syaitan dilarang sama sekali. Oleh kerana mustahil bagi Syaitan mendekatinya ataupun menyentuhnya.

Seterusnya disebutkan dalam surah Asy-Syu’araa 26:210-212 :

“dan al-Quran itu bukanlah dibawa turun oleh syaitan-syaitan. Dan tidaklah patut mereka membawa turun al-Quran itu, dan mereka pun tidak akan kuasa. Sesungguhnya mereka benar-benar dijauhkan daripada mendengar al-Quran itu”.

Ramai orang mempunyai konsep yang salah tentang syaitan. Mereka fikir syaitan berupaya melakukan apa sahaja, kecuali untuk beberapa perkara,hanya Tuhan yang berkuasa berbuat demikian. Menurut mereka, kuasa syaitan hanya berada di bawah sedikit daripada Tuhan. Oleh kerana mereka enggan menerima al-Quran sebagai wahyuyang menakjubkan, mereka berkata al-Quran adalah hasil kerja syaitan.

Sekiranya syaitan menulis al-Quran, pasti tidak akan disebut didalam al-Quran Surah An-Nahl 16:98:

“apabila kamu membaca al-Quran ,hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan terkutuk”.

Adakah anda fikir Syaitan akan menulis begitu? Adakah dia akan berkata, “sebelum membaca buku aku, mohon perlindungan Tuhan daripada aku?”

Terdapat beberapa ayat di dalam al-Quran yang akan membuktikan bahawa syaitan bukanlah pengarang al-Quran surah al-A’raaf :7 :200

“dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui “.

Mengapa syaitan akan memberitahu pengikutnya bahawa apabila dia menggoda mereka,mereka perlu memohon perlindungan dari Allah (S.W.T) dimana syaitan diakui sebagai mush?: surah al-Baqarah 2:168

“Hai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat dibumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana senungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu”.

Surah Yassin 36 : 60 :

“ Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah Syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu”.

Syaitan licik, tidak hairan jika ia dapat mempengaruhi pemikiran manusia bahawa dia yang mengarang al-Quran. Berbanding Allah Yang Maha Kuasa, syaitan terlalu kecil, dari Allah (S.W.T) telah menurunkan ayat-ayat al-Quran sebagai bukti al-Quran adalah kata-kata Allah dan bukannya kata-kata syaitan.

DARI : Dr. Zakir Abdul Karim Naik

0 comments:

Post a Comment

BLOG NEGERI EMPAYAR

View All Malaysia Bloggers View Selangor Bloggers View Terengganu Bloggers View Pulau Pinang Bloggers View Sabah Bloggers View Sarawak Bloggers View Pahang Bloggers View Perlis Bloggers View Perak Bloggers View Melaka Bloggers  ViewNegeri Sembilan Bloggers View Kuala Lumpur Bloggers View Johor Bloggers View Kedah Bloggers View Kelantan Bloggers

MASA DUNIA