Related Posts with Thumbnails

IQRA' BACA READ

BERGEDIL AYAM


Bahan Ramuan

1kg kentang
200gm ayam (bahagian dada) atau isi ayam sahaja

1 sudu kecil lada putih (tumbuk)
1 biji telur
Daun sup (ikut suka)
Bawang Goreng (ikut suka)
Garam secukup rasa

Minyak masak

Cara:

1. Kupas kulit kentang kemudian potong tipis dan digoreng hingga kekuningan.Biarkan sejuk.Tumbuk/lecek.
2. Goreng ayam sehingga separuh masak kemudian tumbuk.
3. Gaulkan semua bahan(kentang,ayam,lada putih,garam,bawang goreng,daun sup) hingga sebati.Masukkan telur dan gaul lagi hingga sebati.
4. Kepalkan adunan menjadi bulat2 kecil, leperkan dan sedia untuk digoreng.
5.bergedil yang siap dikepalkan hendaklah dicelup dengan telur sebelum mengorengnya.
6. Pastikan minyak panas dan pada api yg sederhana.

waktu hidangan:

sesuai dimakan bersama hidangan tengahari atau enak dimakan begitu saja.

tips tambahan:

Sekiranya adunan tadi terlembik boleh masukkan sedikit tepung gandum.


SELAMAT MENCUBA






Syeikh Mohamed Sayed Tantawi


DUBAI 10 Mac – Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi.

Tantawi meninggal dunia di ibu negara Saudi, Riyadh selepas mengalami serangan sakit jantung.

Berita kematian Tantawi itu dilaporkan oleh stesen televisyen Al Jazeera hari ini, dengan memetik wartawannya di Saudi.

Al-Azhar, antara pusat pengajian Sunah paling terkemuka di dunia Islam, mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir.

satu kehilangan besar bagi seluruh dunia Islam hari ini.. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh beliau..Al-fatihah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ [١] الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ[٢] الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ [٣]مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ [٤] إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ [٥] اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ [٦] صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ



CUCUR MANIS


Bahan-Bahan:
1 cawan tepung gandum
Gula secukup rasa
Sedikit Baking Powder
Sedikit air (lebih kurang ½ cawan)
Minyak untuk menggoreng

Cara:
Gaulkan tepung dengan gula dan masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau sehingga ia menjadi seperti air gula. Kemudian masukkan Baking Powder. Gaul selama beberapa minit dan goreng.

waktu hidangan :

sesuai di waktu pagi dan minum petang

SELAMAT MENCUBA

FARSHI TURAB- USTAZ AKHILL HAYY

FARSHI TURAB NASHEED




faham tak??? kalau tak faham ada satu video yang sama ader tulis lirik dalam bahasa english n arab jer....tapi lagu nya dinyanyikan semula oleh AKHIL HAYY..... sedar la diri rakan2... lepas hidup kat dunia lepas ni kemana pulak kita semua...... sama2 kita ambil ikhtibar dan pengajaran dari lagu ni....

ADAKAH AL-QURAN HASIL KERJA SYAITAN?



Soalan:

Bagaimana kita mengatahui bahawa al-Quran bukan hasil kerja syaitan?

Jawapan :

Membalas dakwaan sama yang dikemukakan kau jahiliyah Makkah, bahawa Nabi Muhammad (S.A.W) menerima wahyu daripada syaitan, ayat-ayat berikut telah diturunkan : Surah al-Waaqi’ah 56 : 77-80

“Sesungguhnya al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia,

Pada kitab (Maknun) yang terpelihara (Luah Mahfuzh),

Tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan (Mutahharin),

Diturunkan dari Tuhan semesta alam”.

Kitab Maknun bererti kitab yang dijaga dengan sempurna serta terpelihara, merujuk kepada Lauh Mahfuzh di Syurga, tiada siapa yang boleh menyentuhnya kecuali Mutahharin, iaitu orang yang suci serta bersih daripada kejahatan seperti dosa. Ini merujuk kepada Malaikat. Syaitan dilarang sama sekali. Oleh kerana mustahil bagi Syaitan mendekatinya ataupun menyentuhnya.

Seterusnya disebutkan dalam surah Asy-Syu’araa 26:210-212 :

“dan al-Quran itu bukanlah dibawa turun oleh syaitan-syaitan. Dan tidaklah patut mereka membawa turun al-Quran itu, dan mereka pun tidak akan kuasa. Sesungguhnya mereka benar-benar dijauhkan daripada mendengar al-Quran itu”.

Ramai orang mempunyai konsep yang salah tentang syaitan. Mereka fikir syaitan berupaya melakukan apa sahaja, kecuali untuk beberapa perkara,hanya Tuhan yang berkuasa berbuat demikian. Menurut mereka, kuasa syaitan hanya berada di bawah sedikit daripada Tuhan. Oleh kerana mereka enggan menerima al-Quran sebagai wahyuyang menakjubkan, mereka berkata al-Quran adalah hasil kerja syaitan.

Sekiranya syaitan menulis al-Quran, pasti tidak akan disebut didalam al-Quran Surah An-Nahl 16:98:

“apabila kamu membaca al-Quran ,hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan terkutuk”.

Adakah anda fikir Syaitan akan menulis begitu? Adakah dia akan berkata, “sebelum membaca buku aku, mohon perlindungan Tuhan daripada aku?”

Terdapat beberapa ayat di dalam al-Quran yang akan membuktikan bahawa syaitan bukanlah pengarang al-Quran surah al-A’raaf :7 :200

“dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui “.

Mengapa syaitan akan memberitahu pengikutnya bahawa apabila dia menggoda mereka,mereka perlu memohon perlindungan dari Allah (S.W.T) dimana syaitan diakui sebagai mush?: surah al-Baqarah 2:168

“Hai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat dibumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana senungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu”.

Surah Yassin 36 : 60 :

“ Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah Syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu”.

Syaitan licik, tidak hairan jika ia dapat mempengaruhi pemikiran manusia bahawa dia yang mengarang al-Quran. Berbanding Allah Yang Maha Kuasa, syaitan terlalu kecil, dari Allah (S.W.T) telah menurunkan ayat-ayat al-Quran sebagai bukti al-Quran adalah kata-kata Allah dan bukannya kata-kata syaitan.

DARI : Dr. Zakir Abdul Karim Naik

BLOG NEGERI EMPAYAR

View All Malaysia Bloggers View Selangor Bloggers View Terengganu Bloggers View Pulau Pinang Bloggers View Sabah Bloggers View Sarawak Bloggers View Pahang Bloggers View Perlis Bloggers View Perak Bloggers View Melaka Bloggers  ViewNegeri Sembilan Bloggers View Kuala Lumpur Bloggers View Johor Bloggers View Kedah Bloggers View Kelantan Bloggers

MASA DUNIA